Home / Info Viral / [Video] Netizen Puas Hati Kakak Ini Gagalkan Cubaan Kereta Nak Free Tol “Senang-Senang Kau, Orang Lain Bayar kot”

[Video] Netizen Puas Hati Kakak Ini Gagalkan Cubaan Kereta Nak Free Tol “Senang-Senang Kau, Orang Lain Bayar kot”

Perlahankan kereta dan ikut rapat di belakang, begitulah taktik yang dilakukan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai ingin mengelakkan membayar tol di sebuah plaza tol di Shah Alam. Perkara tersebut didedahkan oleh pengguna TikTok @jannahalias_sofea yang berkongsi rakaman ‘dash cam’ miliknya di laman sosial berkenaan.

Video berdurasi 39 saat itu memaparkan sebuah Proton Waja ‘menghimpit’ kenderaan milik wanita terbabit. Bagaimanapun taktik tersebut disedari olehnya dan dia kemudian bertindak memperlahankan kenderaan selepas membayar tol sehingga melepasi palang.

@jannahalias_sofea

semalam aku terkena hahahahaha! tp yang ni lain .. jenama Proton.. bukan H .. pokemon betul! (abaikan suara kteorg🤣)

♬ original sound – JannahAlias_Sofea – JannahAlias_Sofea

Palang tol yang akhirnya tertutup menyebabkan Proton Waja terperangkap dan perlu menjelaskan tol. Video tersebut mendapat hampir sejuta tontonan dan lebih 100,000 tanda suka.

Walaupun perkongsian tersebut spontan, ia menerima pelbagai reaksi daripada warga maya serta memberikan kesedaran kepada ramai pengguna jalan raya lain agar lebih berhati-hati. Dalam pada itu, ada juga warganet yang mengakui pernah melalui situasi yang sama dan berkongsi pengalaman mereka.

Ramai yang kesal dengan insiden mengelak daripada membayar tol seperti ini dan berharap ia tidak menjadi kebiasaan rakyat Malaysia.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *