Home / Berita Terkini / Penyanyi Ayam Den Lapeh, Elly Kasim kembali ke rahmatullah

Penyanyi Ayam Den Lapeh, Elly Kasim kembali ke rahmatullah

Bagi yang mengenali Penyanyi legenda Indonesia yang terkenal dengan lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim Ali Umar meninggal dunia pada usia 76 tahun kira-kira jam 3.48 petang tadi (waktu tempatan), semalam.

Allahyarham yang banyak mempopularkan lagu-lagu Minang – dan boleh dikatakan hampir semuanya hit – meninggal dunia di rumah sakit MMC Kuningan selepas mengalami radang usus.

Penyanyi berdarah Minang itu dilahirkan di Sumatera Barat pada 27 September 1944.

Sepanjang berkecimpung sebagai penghibur, penyanyi kelahiran Tiku, Tanjung Mutiara di Sumatera Barat itu pernah menerbitkan sekurang-kurangnya 100 buah album solo.

Untuk rekod, lagu Ayam Den Lapeh juga dirakamkan kemudian oleh penyanyi Anita Sarawak.

Media tempatan melaporkan, berita pemergian Elly disahkan oleh ahli keluarga terdekatnya.

Selain aktif sebagai penyanyi, Allahyarham juga terkenal sebagai perancang perkahwinan khususnya yang berkaitan dengan adat dan budaya Minang di bawah syarikatnya, Elly Kasim Collection.

Pada 29 Julai 2017, Elly mempersembahkan sebuah konsert bertajuk Menjulang Bintang 57 Tahun Elly Kasim Berdendang di Teater Jakarta, Taman Ismail Marzuki.

Konsert dikendalikan Pengarah Muzik Hendri Lamiri itu dihadiri ramai rakan artis popular seperti Titiek Puspa dan Judika.

Suami Elly yang juga seorang seniman berdarah Minang, Nasif Bazir meninggal dunia pada tahun lalu.

Sumber MalaysiaKini dan Media Sosial

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *