Home / Info Dunia Islam / Batu Yang Tertera Kalimah Allah yang Dijumpai Oleh Pekerja Kontraktor,Sungguhnya Allah SWT Mahu Menunjukkan KebesaranNya

Batu Yang Tertera Kalimah Allah yang Dijumpai Oleh Pekerja Kontraktor,Sungguhnya Allah SWT Mahu Menunjukkan KebesaranNya

Batu Yang Tertera Kalimah Allah yang Dijumpai Oleh Pekerja Kontraktor,Betapa Allah SWT Mahu Menunjukkan Kebesaran-Nya.

Pekerja Kontraktor Terkejut Jumpa Batu Tulis Kalimah Allah

Seorang pekerja kontraktor terkejut apabila menemui seketul batu tertera tulisan seakan kalimah Allah SWT berhampiran asrama perempuan,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) Jerlun, Kodiang, Kedah, semasa membina tembok pagar di kawasan tersebut.

Pekerja kontraktor, Mohd. Mustaqim Rozani, 33 tahun, menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku  semasa dia sedang mengorek tanah sebelum c4ngkulnya terkena batu tersebut,dan terb3lah dua. Menurutnya, kejadian itu disedari kira-kira pukul 11.30 pagi dan dia terus menunjukkan batu itu kepada rakan sekerjanya sebelum memaklumkan kepada pihak sekolah.

“Saya seperti tidak percaya melihat tulisan berbentuk kalimah Allah SWT pada bahagian dalam batu…betapa Allah SWT mahu menunjukkan kebesaran-Nya,”

ujarnya. Sebelum ini saya hanya melihat gambar keajaiban seperti ini tetapi kali ini saya sendiri yang jumpa, ia membuatkan saya rasa teruja dan meningkatkan keimanan saya kepada Allah SWT,” jelasnya.

Selain itu, Pengetua SMKA Jerlun, Napisah Salleh, menyatakan bahawa pihaknya bersepakat untuk menyimpan batu itu yang dipercayai berusia ratusan tahun di sekolah berkenaan.

“Kejadian ini cukup menakjubkan buat warga sekolah, apatah lagi struktur batunya yang licin dan hanya terbelah ketika diketuk,” katanya.

“Pihak kami juga merancang merujuk dengan pakar berkaitan bagi mengetahui jenis dan usia sebenar batu berkenaan,” sambungnya.

Sumber: Harian Metro via portalislamik.net

About Cucu

Check Also

inilah-laut-m4ti-bukti-b4la-yang-diturunkan-allah-swt-terhadap-kaum-nabi-luth-as-akibat-mel4wan-perintah-nya-allahu-akbar.

Inilah Laut Mati Bukti Bala Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth A.S Akibat Mel4wan Perintah-Nya ..Allahu Akbar..

Allahu Akbar.. Inilah Laut M4ti Bukti B4la Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *