Home / Usahawan / Cara Menanam serta penjagaan Pokok Kantan Yang Betul Pasti Subur dan Banyak Bunga. Tips Daripada Pekebun Kantan

Cara Menanam serta penjagaan Pokok Kantan Yang Betul Pasti Subur dan Banyak Bunga. Tips Daripada Pekebun Kantan

Jom ambil tahu cara tanam dan jaga pokok kantan dengan cara yang betul agar dapat kita mendpat manfaat. Seperti yang kita ketahui kantan atau bunga kantan adalah sejenis tanaman daripada keluarga halia. Bunga kantan banyak digunakan sebagai penyedap dan penaik aroma masakan dikalangan masyarakat melayu. Ramai cuba nak tanam pokok ini di rumah memandangkan banyak kegunaan dalam masakan. Pokok kantan ni kalau tak dijaga dan diselenggara dengan betul memang kedekut untuk keluarkan bunga. Mungkin sebab itulah harganya pun tinggi dipasaran sehinggakan boleh mencecah sehingga Rm3-Rm8 sekuntum pada musim perayaan, Rm1-Rm2 di waktu biasa.

Jika anda mempunyai ruang tanah yang tak berapa besar dan berdekatan dengan aliran air, ini adalah antara tanaman yang sesuai untuk ditanam. Bagi sesiapa yang ingin mencuba untuk menamam pokok bunga kantan, bolehlah jadikan perkongsian Sadam Arffain sebagai cara tanam dan jaga pokok kantan dengan betul.

Cara Tanam dan Jaga Pokok Kantan

1. Panduan Tanam Pokok Kantan

Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di atas yang diambil dari rumpunan pokok kantan. Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.

Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakan kerana tumbesaran pokok tidak memberansangkan.

Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.

Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.

Cara tanam dan jaga pokok kantan. Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.

Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.

Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.

Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.

Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.

Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.

Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh dicelahan batang pokok kantan.

Pucuk muda pokok kantan yang lebih tajam dan gelap

Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok

Cara tanam dan jaga pokok kantan yang betul, apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.

Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.

2. Penjagaan Pokok Kantan

Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah.

Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya. Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.

Jika anda dapat manfaatkan panduan cara tanam dan jaga pokok kantan ini dengan betul, insya Allah boleh cuba untuk buat penanaman secara besar besaran mana tahu boleh jadi usahawan muda yang berjaya juga.

Semoga bermanfaat

Sumber dan penulisan dari Rahsia Rumahtangga

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *