Home / Info Viral / [VIDEO] Video tular pujuk dua beranak Orang Asli sentuh emosi

[VIDEO] Video tular pujuk dua beranak Orang Asli sentuh emosi

KUaLA PILaH, N9 : Video viral membabitkan kakitangan KKM yang mencari dan memujuk 2 beranak masyarakat orang Asli yang disahkan positif Covid-19 di Kampung Orang Asli Langkap, di sini, menyentuh emosi warganet.

video berkenaan dimuat naik di akaun TikTok @thedressar1 Jumaat lalu dan ditonton sebanyak lebih 300,000 kali.

P3milik akaun b3rkenaan, Azrul Zubir, 31, yang m3rupakan p3nolong pegawai perubatan berkata, dia memuat naik video itu sehari selepas tugasan tersebut dijalankannya.

Ujarnya, video tersebut bagi memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai peranan Kementerian Kesihatan dalam mendekati masyarakat Orang Asli susulan penularan pendemik Covid-19.

“Pada hari Khamis lalu kira-kira pukul 2 petang, saya bersama dua lagi kakitangan lain ke lokasi perkampungan orang Asli berkenaan. S3baik sahaja sampai di kampung tersebut, saya perlu mendaki bukit setinggi 500 meter bagi mencari dua beranak berkenaan yang mana ibunya berusia 18 tahun dan anaknya baru b3rusia sembilan bulan.

“Lengkap b3rpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) tentulah sukar untuk kami mendaki serta mencari dua beranak tersebut. Akhirnya saya dibantu oleh tok batin untuk mencari dua beranak berkenaan yang rumah mereka jauh ke dalam dusun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

VIDEO tular kakitangan KKM mencari dan memujuk dua beranak masyarakat Orang Asli yang disahkan positif Covid-19 di Kampung Orang Asli Langkap, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Azrul berkata, mereka perlu mencari wanita itu kerana dia tidak mempunyai telefon bimbit untuk dihubungi bagi memaklumkan mereka berdua positif Covid-19.

M3nurutnya, setelah ditemukan, dia berhadapan pula cabaran bagi memujuk ibu berkenaan ke hospital kerana pada awalnya wanita itu tidak bersetuju.

“Saya tidak perasan video ini tular, saya sangka biasa sahaja. Bermula hari Sabtu, tontonan semakin tinggi dan video berkenaan mula dikongsikan di beberapa page Facebook pula,” katanya.

Sementara itu, dia berharap dengan perkongsian video berkenaan, masyarakat tidak lagi menganggap pendemik Covid-19 sebagai benda remeh.

“Sejauh-jauh perkampungan pun boleh diisytiharkan kluster selepas jangkitan. Kita boleh nilailah betapa bahaya dan kuatnya virus ini, ia tidak kenal siapa,” katanya lagi.

Sumber UTUSAN ONLINE dan media sosial

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *