Home / Info Dunia Islam / Khabar Duka Dari Pattani, Seorang Ulama Yang Berusia 101 Tahun Tuan Guru Baba Haji Ismail Bin Haji Idris, Telah kembali ke Rahmatullah.Al-Fatihah(Dibaca)

Khabar Duka Dari Pattani, Seorang Ulama Yang Berusia 101 Tahun Tuan Guru Baba Haji Ismail Bin Haji Idris, Telah kembali ke Rahmatullah.Al-Fatihah(Dibaca)

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

berita yang sangat mendukacitakan  bilamana ULAMA TUA PATTANI, BABA PAK DA EIL BENDANG BADAM telah kembali ke Rahm@tullah jam 2 pagi waktu Thailand… mohon *hadiahkan Al-fatihah* agar beliau di tempatkan dikalangan para solehin…

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
*Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hii wa’fu anhu* ertinya, “Ya Allah! Ampunilah almarhum (jenazah),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.”

Al Allamah Tuan Guru Baba Eil Bendang Badam ( 1920 – 2021 )

Nama sebenar ulama’ tua negeri Patani ini ialah Tuan Guru Baba Haji Ismail Bin Haji Idris Bin Haji Musa atau lebih dikenali di kalangan masyarakat dengan nama Pak Da Eil Bendang Badam atau Baba Eil Bendang Badam.

Beliau ialah ayah saudara merangkap guru kepada Baba Lah Sarah dan datuk saudara Baba Hakam.

Pengajiannya bermula di Pondok Pusan selama 9 tahun dan kemudiannya berangkat ke Mekah selama 7 tahun.

Diantara gurunya ialah :

1. Tok Pusan @ Tuan Guru Haji Ahmad al-Fusani
2. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili
3. Pak Da Eil Mekah
4. Tuan Guru Haji Zakaria
5. Tuan Guru Haji Wan Din Besut

Diantara sahabatnya ketika mengaji di Mekah dahulu ialah :

1. Baba Haji Abdul Rahman Pombeng
2. Tuan Guru Haji Zakaria Kerabo Terengganu
3. Tuan Guru Mohd Noor ( berasal dari Patani dan mengajar di Kelantan)
4. Syeikh Salleh al-Kalantani – anak Tok Kenali

Pada tahun 1951, Baba Eil Bendang Badam telah membuka sebuah pondok pengajian di Bendang Badam, Yarang, Patani ketika beliau berusia 31 tahun.

beliau menetap di Bendang Badang dan berusia 101 tahun.

Sumber – FB Abdurahmann Abdurahmann

sumber : Elews Channel via cikguking,kongsiinfo

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About Cucu

Check Also

inilah-laut-m4ti-bukti-b4la-yang-diturunkan-allah-swt-terhadap-kaum-nabi-luth-as-akibat-mel4wan-perintah-nya-allahu-akbar.

Inilah Laut Mati Bukti Bala Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth A.S Akibat Mel4wan Perintah-Nya ..Allahu Akbar..

Allahu Akbar.. Inilah Laut M4ti Bukti B4la Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *