Home / Usahawan / KENALI KISAH ZULKIFLI HARUN : MACGYVER MELAYU YANG DILUPAKAN

KENALI KISAH ZULKIFLI HARUN : MACGYVER MELAYU YANG DILUPAKAN

KENALI KISAH ZULKIFLI HARUN : MACGYVER MELAYU YANG DILUPAKAN….

KIRA-KIRA 30 tahun lalu, Malaysia cukup popular berikutan lahirnya seorang pencipta muda yang mendapat jolokan MacGyver Melayu.

MacGyver Melayu yang dimaksudkan itu ialah Zulkifli Haron anak kelahiran Kelantan yang mengikuti ayahnya menetap di Rawang, Selangor.

Nama tersebut diberikan kepadanya kerana kira-kira 30 tahun lalu drama Inggeris yang menampilkan hero kreatif bernama MacGyver cukup popular.

Zulkifli diberi nama berkenaan kerana beliau cukup genius menghasilkan pelbagai produk sehingga masyarakat umum mengaguminya.

Salah satu produk pertamanya suatu masa dahulu ialah membuka pintu menggunakan kata laluan yang dipetik daripada filem Ali Baba Bujang Lapok.

Kata laluan itu berbunyi “Niat enson mata kaji semar ngiseng”.

Mesin Pusaran Pintar dari Zull DesignMesin Pusaran Pintar dari Zull Design Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam perniagaan reka cipta, Zulkifli sebenarnya sudah menghasilkan lebih 1,000 produk.

Salah satu produk terbaru pemilik syarikat induk, Zull Design Autotronic itu ialah kolam ikan air masin di pekarangan rumah yang menggunakan air paip dan garam.

Walaupun memiliki banyak kemahiran, beliau tidak lokek dengan ilmu. Ini kerana pendiriannya cukup jelas, iaitu ilmu yang dimiliki tidak akan luak jika disebarkan kepada khalayak.

Advertisement

About admin

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *