Kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik sejak setahun lalu tidak mematahkan semangat dua anak muda ini untuk mencari rezeki lain.
Fahmi Yusoff bersama rakannya, Mohd. Zubir Mohd. Ismail, masing-masing berusia 26 tahun kini mengumpul minyak masak terpakai dari rumah ke rumah.
J3lasnya, minyak tersebut kemudian dihantar kepada syarikat tertentu yang akan memprosesnya menjadi biodiesel.
M3nurut Fahmi, mereka melakukan pekerjaan itu secara sambilan bagi mencari duit lebih di samping berniaga secara dalam talian.
“S3belum ini saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti kitar semula di sekolah-sekolah.
“Jadi, apabila tiada pekerjaan saya terfikir mengapa tidak melakukan kerja mengumpul minyak masak terpakai,” ujarnya kepada Kosmo!.
S3tiap hari mereka mampu mengumpul kira-kira 70 kilogram (kg) minyak masak terpakai yang dibeli pada harga RM1 bagi setiap kg.
Fahmi (kanan) dan Mohd. Zubir bergerak dari rumah ke rumah sekitar Ipoh mengumpul minyak masak terpakai sebagai sumber pendapatan tambahan.
Kata Fahmi, p3rmintaan terhadap minyak masak terpakai untuk kitar semula sangat tinggi cuma k3sedaran masyarakat mengenainya masih rendah.
Ujarnya, k3banyakan isi rumah tidak mengetahui tentang kaedah membuang lebihan minyak masak yang t3lah digunakan dan bahan t3rsebut dibuang begitu sahaja.
“Pada masa ini kami menggunakan Facebook untuk dihubungi (penjual) sebelum m3netapkan masa untuk datang membeli minyak masak terpakai.
“Kami m3rancang untuk menjalinkan kerjasama dengan persatuan penduduk atau komuniti sekali gus meningkatkan kesedaran ini,” ujarnya.
Sumber Kosmo Online
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share duduk dengan dia.