Home / Info Viral / [AUDIO] Rakaman suara arwah ibu pesan baca doa jadi pengubat rindu Syamel – “sebenarnya terlalu singkat masa kita ada”

[AUDIO] Rakaman suara arwah ibu pesan baca doa jadi pengubat rindu Syamel – “sebenarnya terlalu singkat masa kita ada”

Bila kehilangan ibu tercinta, Wan Faaizah Karim pada malam 22 Ogos lalu benar-benar meninggalkan kesan cukup mendalam buat penyanyi tanahair Syamel.

Mengikut Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, arwah m3rupakan seorang ibu yang penyayang dan selalu m3mberikan nasihat dan p3sanan tanpa m3ngira masa.

“Syurga. How i wish you guys jumpa dan kenal umi (panggilan untuk ibu). You will surely love her. Sangat b3rkarisma dan setiap tutur kata p3nuh dengan p3sanan dan p3ringatan.

“Kadang2 telefon tak kira masa kalau t3ringat sesuatu nak pesan, masa tu kita t3rfikir k3napa tak tunggu sampai rumah, boleh borak panjang… rupa2nya  t3rlalu singkat masa yang kita ada untuk m3nunggu.

“Disini, Saya kongsikan sedikit pesanan umi, masa ni nak k3luar rumah nak memandu, umi suruh duduk k3jap depan dia ada benda nak b3ritahu. Ha d3ngarlah. So cute! Saya rakam d3pan dia,” kata Syam3l.

Penyanyi lagu Good Bye, Hello ini berkongsi salah satu kenangan manisnya bersama arwah ibu menerusi Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman suara ibunya mengingatkan mengenai bacaan doa sebelum keluar rumah.

Allahyarham Wan Faaizah, 55, menghembuskan nafas terakhir selepas hampir sebulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen.

Dalam pada itu, Syamel mengingatkan pengikutnya supaya meluangkan masa dengan ibu bapa masing-masing sementara mereka masih hidup.

Selain itu, dia menggalakkan mereka merakam momen-momen indah untuk dijadikan kenangan bagi mengubat kerinduan.

“Buat yang masih ada ibu dan ayah, curahkanlah kasih sayang, berikan perhatian dan merayulah doa daripada mereka. Mungkin doa dari seorang ibu buat saya dah terputus di dunia ni, tapi segala pesanan dan ilmu yang diberikan akan diamalkan dan diingati sampai akhir usia.

“Rakamlah detik-detik manis bersama sebanyak mungkin, walaupun tak mungkin dapat lepaskan rindu tapi percayalah, mencukupi untuk menemani kita di saat angin rindu datang singgah,” ujarnya

Sementara itu, isteri Syamel iaitu Ernie Zakri pula berkata lima bulan perkenalan dengan ibu mentua merupakan kenangan terindah dalam hidupnya.

“Allah SWT pinjamkan umi untuk saya selama lima bulan sahaja. Tiada kekesalan, hanya kenangan yang manis-manis. Subhanallah rezeki saya dapat ibu mertua yang terlalu baik, kelakar, sporting, penuh dengan pesanan dan nasihat.

Ernie akui banyak kenangan manis sepanjang lima bulan bersama ibu mentua.

“Terlalu banyak yang saya belajar dengan beliau, walaupun di beri masa singkat. Saya tak tahu adakah saya menantu terbaik untuk kamu dan ayah tapi saya tahu saya ada ibu dan ayah mentua terbaik. MasyaAllah.

“Anak-anak akan rindukan umi sangat-sangat especially your keletah. Kami reda dengan pemergian umi. Semoga Allah SWT lapangkan kubur umiku seluas mata memandang. Itu doa yang umi selalu amalkan,” katanya.

Ernie dan Syamel berkahwin pada 26 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Sumber Mstar dan Media Sosial

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *