Home / Berita Terkini / Allahuakhbar, Isteri ‘ditidurkan’ mengalir air mata bila dengar bisikan suami

Allahuakhbar, Isteri ‘ditidurkan’ mengalir air mata bila dengar bisikan suami

Saya bisik di te­linganya, saya akan kuat demi anak-anak. Air matanya mengalir seolah-olah dia faham,” luah Mohamad Syafiq Yacob, 31, suami mangsa Covid-19,

Allahyarham Norfazzlyana Nezal, 29. Wanita itu kemudiannya di­sahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi semalam.

Mohamad Syafiq berkata, arwah isterinya sebelum ini terpaksa melahirkan anak ketiga pada 20 hari lalu secara pembedahan pada usia kan­dungan 35 minggu di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Se­remban susulan bertarung nyawa akibat diletakkan dalam keadaan intubate. Ujar penghantar barangan itu,…

Mohamad Syafiq Yacob, 31, berkata, isterinya Norfazzlyana Nezal, 29, juga terpaksa melahirkan anak ketiga mereka secara pembedahan pada usia kandungan 35 minggu.

Sebelum itu, ceritanya, Norfazzlyana, ibu mentuanya, Ramlah Omar, 62, dan anak kedua mereka, Sumayyah Saffiyah yang berusia 15 bulan disahkan postif Covid-19 pada 1 Ogos lalu.

GAMBAR kenangan Mohamad Syafiq dan isterinya, Norfazzlyana bersama dua daripada tiga orang anak mereka

“Pada mulanya mereka pergi ke Klinik Kesihatan Gadong untuk tukar gelang namun apabila jururawat membuat pemeriksaan kandungan oksigen ibu mentua dan isteri rendah.

“Selepas dua hari ditidurkan, petugas kesihatan terapksa melakukan pembedahan menyelamatkan bayi dalam kandungan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Masjid Dr. Haji Mohammad Eusuff Teh di sini semalam.

Kata Syafiq, selepas melahirkan anak, isterinya itu tersedar dan kami sempat membuat panggilan video.

“Kali pertama sedar isteri dalam keadaan lemah mungkin disebabkan ubat tidur, namun, boleh memberikan isyarat.

“Panggilan kedua, isteri nampak bertenaga, cuma, masa tu doktor kata isteri seperti tidak cukup nafas,” katanya..

Menurutnya, semasa panggiilan video tersebut, isterinya seperti mahu memberitahu sesuatu mungkin mahu melihat wajah anak ketiga kami.

Bagaimanapun, katanya, anak bongsu kami yang dinamakan, Ummu Ufairah, dijaga adiknya ketika itu menyebabkan dia tidak dapat menunjukkan kepada arwah.

Kata Syafiq, selepas hari itu isterinya itu sekali lagi terpaksa ditidurkan dan kali terakhir mereka dapat membuat panggilan video pada malam kelmarin.

“Memang nampak isteri sudah nazak, dengan bantuan doktor, saya bisik di teliganya, saya panggil nama penuhnya dan saya cakap saya akan kuat demi anak-anak, tiba-tiba air mata isteri mengalir seolah-olah dia faham.

“Dia kemudian disahkan meninggal dunia pukul 3.30 pagi di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban,” katanya yang hanya mengingati arwah isteri terpaksa ditidurkan hampir dua minggu.

Anak sulung pasangan itu, Khalish Khairuddin, 5.

Menurutnya, ujian calitan pada jenazah isteri mendapati dia negatif Covid-19 menyebabkan jenazah dapat diuruskan serta dikebumikan oleh ahli keluarga dengan bantuan sukarelawan.

Jenazah Norfazzlyana dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Ibor, Pedas kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Mohamad Syafiq berkata, ibu mentuanya meninggal dunia di hospital sama pada 6 Ogos lalu manakala anak keduanya dan kakak iparnya yang juga disahkan positif Covid-19 sudah sihat.-

Sumber, UTUSAN , kosmo, media sosial.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *