Home / Info Viral / [VIDEO] “wah, Mesti Tunku Azizah peminat Remy” – Netizen usik, minta Remy dan Ezza buka hadiah daripada Agong

[VIDEO] “wah, Mesti Tunku Azizah peminat Remy” – Netizen usik, minta Remy dan Ezza buka hadiah daripada Agong

Pelakon Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof menerima hadiah perkahwinan paling bermakna dalam hidup mereka apabila mendapat kiriman khas daripada pihak Istana Negara.

Lebih mengejutkan, kiriman hadiah dibalut dalam kotak berwarna kuning itu dikirimkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi status di dalam Instagramnya, Remy berkongsi sebuah video memaparkan beliau dan isterinya mendapat beberapa kotak hadiah daripada Istana Negara.

“Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas hadiah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

“Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku,” tulisnya tadi.

Remy selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya bergelar usahawan, Ezza pada Sabtu lalu dalam satu majlis serba ringkas di sebuah masjid di ibu negara.

Sementara itu, rata-rata peminat Remy turut melahirkan rasa gembira dan teruja atas hadiah yang diterima pasangan pengantin baru itu daripada Istana Negara.

“Untungnya dapat hadiah daripada Agong, bukalah nak tengok apa di dalam,” kata Hanna Nurieyda.

“Wah! Mesti peminat Remy juga, macam mak Shuib,” seloroh Muhd Azri521.

“Alhamdulilah, bertuahnya, mesti Tuanku Permaisuri peminat setia lakonan Remy Ishak,” ujar Violetsareblueflorist. -K! ONLIN

PATIK DAN ISTERI MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

DAN

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI AL-MARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ

atas anugerah perkahwinan dari Istana kepada kami berdua.
Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia ALLAH SWT buat TUANKU & TUNKU 🙏🏻

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share duduk dengan dia.

Sumber Kosmo,mstar dan Intagram Remi Ishak

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share duduk dengan dia.

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *