Home / Info Viral / Rezeki Genggam PhD pada usia 27 Tahun

Rezeki Genggam PhD pada usia 27 Tahun

Arwah ayahlah motivasi saya untuk tamatkan pengajian.

“Ketika saya dalam dilema membuat keputusan menyambung pengajian, arwah yang banyak memberi nasihat dan mendorong saya,” kata Muhammad Syahmeer How Mohd Firdaus How, 28, ketika dihubungi, semalam.

Muhammad Syahmeer How menamatkan empat tahun pengajian doktor falsafah (PhD) di Massey University, New Zealand pada usianya 27 tahun.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia ditawarkan menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia dan bioproses makanan daripada penyelianya, Prof John Bronlund.

Katanya, pada awalnya dia berbelah bahagi untuk menerima tawaran itu namun nasihat arwah bapanya, Mohd Firdaus How Abdullah membuatkannya tekad menyambung PhD selepas tamat pengajian sarjana muda di universiti sama.

“Saya sendiri tak yakin dapat tamatkan PhD ini kerana banyak cabaran antaranya kerja penyelidikan saya tergendala berikutan arwah ayah meninggal dunia pada tahun kedua pengajian.

“Selain itu, peralatan yang diperlukan untuk eksperimen tidak ada di universiti menyebabkan saya tidak mempunyai hasil kajian yang cukup pada tahun ketiga pengajian.

“Tetapi, saya teringatkan kata-kata arwah ketika dia memujuk saya menerima tawaran sambung PhD yang bidang ini memang sesuai untuk saya, membuatkan saya tekad dan bersemangat meneruskan pengajian ini sampai habis,” katanya.

Lebih bermakna, Muhammad Syahmeer How berkata, permohonannya sebagai pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Makanan dan Proses turut diterima Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Saya agak bersyukur kerana perjalanan saya ini dipermudahkan. Mungkin ini juga berkat doa ibu dan keluarga saya selama ini.

“Nasihat saya kepada anak muda di luar sana, jangan mudah putus asa, banyakkan bersabar dan konsisten. Insya-Allah jika kita sudah ada mindset walaupun susah macam mana sekalipun, kita pasti boleh capai sasaran,” katanya.

Menurutnya, dia akan menggunakan kajiannya tentang konsep dan teori asas kejuruteraan kimia dalam memahami impak proses pengunyahan makanan terhadap deria rasa dan aroma.

Sumber harian Metro

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *