Home / Berita Terkini / [Video] Mayat bekas imam yang dilaporkan hilang dijumpai dalam keadaan jasadnya mengiring dan mengadap kiblat

[Video] Mayat bekas imam yang dilaporkan hilang dijumpai dalam keadaan jasadnya mengiring dan mengadap kiblat

Yan – Mayat mangsa kelima tragedi banjir dan tanah runtuh akibat fenomena kepala air, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, ditemui pada jarak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya di Batu Hampar, di sini, hari ini.

Mayat l3laki warga em4s yang hilang dalam k3jadian kepala air di Gunung Jerai di sini pada Rabu lalu ditemui di bawah timbunan batang pokok di sebuah chalet dekat Air Terjun Batu Hampar, hari ini.

Mayat mangsa, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, dit3mui anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tersebut kira-kira pukul 3.23 petang.

Mangsa yang merupakan bekas imam Masjid Yan dekat sini ditemui di bawah timbunan batang pokok di kawasan sungai yang baru terbentuk berhampiran Sungai Batu Hampar.

Keadaan mayat mangsa kelima itu didapati hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Sayani Saidon memberitahu, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira lima minit kemudian.

Katanya, mayat Ku Shuib kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Yan untuk proses selanjutnya. –

Empat lagi mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian banjir dan tanah runtuh akibat fenomena kepala air itu adalah Ahmad Din, 68, Shahruzi Mohamad, 53, Zainol Morad, 66, dan Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar, berkata mangsa kelima itu ditemui jam 3.17 petang tadi oleh pasukan penyelamat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Dengan penemuan mayat itu, katanya, memberi sedikit petunjuk modus operandi pada operasi hari keenam esok pagi akan dilakukan sama seperti hari ini.

Shahnaz berkata, rumah Ku Shuib terletak di Salak Denai dan ketika kejadian jam 4.30 petang Rabu lalu itu mangsa gagal menyelamatkan diri kerana uzur dan dilaporkan hilang.

“Untuk pencarian SAR di laut kita akan teruskan pencarian namun akan menambah aset iaitu bot kecil serta kayak untuk menyusuri laluan yang sukar ditempuhi.

“Dengan penemuan mangsa kelima hari ini, kita mengesyaki ada kemungkinan mangsa keenam turut berada di bawah timbunan kayu,” katanya.

“Kita akan gunakan teknik sama dengan pencarian di bawah timbunan kayu seperti hari ini.

Sumber Kosmo ONLINE dan Berita Harian

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *