Hati ibu bapa mana yang tidak keruan apabila bayi perempuan mereka yang baru berusia 10 bulan menderita penyakit usus.
Shakur Ismail, 36, berkata, Nur Nadia Husna menghadapi masalah usus besar tersumbat sehingga menyukarkannya untuk membuang air besar sejak berusia sebulan.
“Pembedahan untuk menebuk perut Nur Husna bagi membentuk saluran keluar najis yang menelan belanja RM16,818 telah dilakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tiga minggu lalu,” katanya kelmarin.
Shakur yang mempunyai dua lagi anak perempuan berusia empat dan tujuh tahun berkata, Nur Husna yang baru belajar merangkak kini perlu memakai beg stoma pada bahagian perut.
ADUN Rantau Abang, Alias Harun (kiri) melawat adik Nur Nadia Husna Shakur hari ini. – Foto NSTP/ Rosli Ilham
Tukang rumah itu berkata, anak bongsunya dijadual menjalani pembedahan membetulkan semua saluran usus besar tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Shakur yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, sejak tiga minggu lalu, penyakit yang dihadapi anaknya itu berulang kembali dan Nur Nadia terpaksa menjalani pembedahan dengan perutnya terpaksa ditebuk.
“Memandangkan perkahwinan saya dengan Latifah Harun, 28, bukan warga negara, pembedahan pertama itu dikenakan kos melebihi RM17, 000 dan hingga kini saya tidak mampu membayar kos itu, “katanya.
Doktor mengesahakan saluran ususnya ada masalah dan najis Nur Nadia terpaksa disedut keluar melalui duburnya selama tiga minggu sebelum kembali membuang najis dengan baik, ” katanya selepas dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Rantau Abang, Alias Harun, hari ini.
“Saya masih belum dimaklumkan berhubung kos pembedahan susulan tersebut tapi pasti saya tidak mampu untuk membiayainya apatah lagi sudah lebih dua bulan saya tidak bekerja kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD),” katanya.
Shakur berkata, dia dan isteri, Latifah Harun, 28, amat mengharapkan simpati ramai demi masa depan anak mereka.
Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank, 1100-4410-0011-2649 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubungi Shakur di talian 017-9522192. –
Sumber Kosmo ONLINE
Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share