Home / National / Aplikasi kesan pergerakan pesakit COVID-19 (GeoFencing) | Berdepan Perlindungan Data Peribadi Pengguna

Aplikasi kesan pergerakan pesakit COVID-19 (GeoFencing) | Berdepan Perlindungan Data Peribadi Pengguna

Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF) akan memperkenalkan satu aplikasi ‘geofencing’ esok untuk memantau pergerakan pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 yang diarah menjalani kuarantin di rumah.

Mereka yang positif COVID-19 serta menjalani kuarantin di rumah akan diwajibkan memuat naik aplikasi berkenaan di telefon bimbit dan keberadaan mereka sepanjang tempoh itu akan dipantau pihak berkuasa.

Pihak berkuasa akan mengambil langkah segera termasuk tindakan undang-undang sekiranya pesakit didapati keluar dari rumah atau melebihi radius yang sudah ditetapkan.

Komander Bersama GKV STF, Brigedier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen, berkata berkata tujuan utama aplikasi itu dibangunkan adalah mengurangkan penularan dalam komuniti yang biasanya terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab pesakit COVID-19.

“Projek pilot (perintis) aplikasi ini akan bermula Ahad, hari ini  dan dalam tempoh 11 hari ia akan berfungsi sepenuhnya lengkap dengan notifikasi dan ‘tracking’ pesakit.

“Ia akan menjadi aplikasi yang diwajibkan terhadap mereka yang berada dalam kategori 1 dan 2 yang kuarantin di rumah,” katanya ketika memberi taklimat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, semalam.

Dr Mohd Arshil menjelaskan, aplikasi ‘geofencing’ yang belum mempunyai nama ini adalah berbeza dengan aplikasi MySejahtera kerana ia mempunyai fungsi dan tujuan yang berbeza.

“Sudah tentu kita ada menjangka maklum balas negatif antaranya mengapa mahukan aplikasi lain selain MySejahtera. Kita tidak mahu kacau MySejahtera kerana alamat di MySejahtera ada kalanya bukan di lokasi anda melakukan kuarantin.

“Anda mungkin meletakkan alamat rumah ibu bapa anda di MySejahtera tetapi bila dijangkiti COVID-19, anda kuarantin di lokasi lain,” katanya.

GKV STF memutuskan penggunaan aplikasi ini juga untuk memudahkan pemantauan dan tindakan pihak berkuasa sekiranya ada pihak yang keluar dari kawasan kuarantin.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 dahulu, kita ada pihak polis yang akan memeriksa setiap pesakit yang kuarantin di rumah tetapi dalam tempoh jangkitan meningkat ke angka 7,000, 8,000 malah 10,000 di Lembah Klang sahaja, adalah sukar tindakan itu dilakukan dan aplikasi ini mengisi ‘gap’ (jurang) berkenaan,” katanya.

Dr Mohd Arshil berkata, pihaknya masih mengkaji sejauh mana keberadaan pesakit yang kuarantin untuk keluar rumah.

“Pesakit tidak perlu risau untuk tidak keluar rumah langsung, sekadar untuk buang sampah, pihak berkuasa tidak akan datang ke rumah anda untuk mengambil tindakan,” katanya.

Beliau turut memberi amaran agar tiada pesakit COVID-19 yang sengaja membuang aplikasi itu di dalam telefon atau menutup GPS GPS (global positioning system).

“Kita akan dapat kesan mereka yang berbuat demikian dan pihak berkuasa akan segera datang untuk mengesan anda. Ya, tindakan undang-undang akan diambil tetapi saya lebih suka ‘soft approch’ dilaksanakan agar semua pihak mematuhi arahan yang ditetapkan,” katanya.

Turut hadir Komander Bersama Joint Task Force, Datuk Dr Mohamed Alwi Abdul Rahman, yang juga Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Selayang.

Berdepan Perlindungan Data Peribadi

Aplikasi ‘geofencing’ yang dicipta untuk memantau pergerakan pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di rumah berkemungkinan berdepan masalah perlindungan data peribadi.

Aplikasi itu juga bakal berdepan larangan aplikasi menjejak lokasi oleh penyedia sistem operasi telefon bimbit.

Seorang pakar teknologi yang enggan identitinya didedahkan berkata, aplikasi seumpama itu sudah lama wujud dan dibangunkan pelbagai pihak, namun tidak boleh digunakan disebabkan faktor privasi.

Katanya, lebih merumitkan, Google Play dan Apple App Store turut melarang kewujudan aplikasi sedemikian untuk dimuat turun oleh pengguna telefon pintar.

“Saya tidak pasti bagaimana pihak pembangun mahu meluaskan penggunaan aplikasi ini disebabkan keputusan yang dilaksanakan oleh Apple dan Google, apatah lagi ia membabitkan undang-undang perlindungan data peribadi.

“Kemungkinan sistem yang dibangunkan tidak memerlukan Google Playstore dan Apple Appstore kerana ada syarikat luar negara tidak mengadaptasi sistem Apple-Google dalam aplikasi mereka.

“Dalam konteks negara ini, kebanyakan pengguna telefon pintar bergantung kepada dua penyedia sistem aplikasi itu,” katanya kepada BH, hari ini.

Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF) dilaporkan aplikasi ‘geofencing’ yang akan diperkenalkan hari ini adalah untuk memantau pergerakan pesakit COVID-19 kategori 1 serta 2.

Pesakit terbabit perlu menjalani kuarantin di rumah dan diwajibkan memuat turun aplikasi berkenaan di telefon bimbit dan kedudukan mereka sepanjang tempoh itu akan dipantau pihak berkuasa.

Pihak berkuasa akan mengambil langkah segera termasuk tindakan undang-undang sekiranya pesakit didapati keluar dari rumah atau melebihi radius sudah ditetapkan.

Tahun lalu, Apple Inc dan Google Alphabet Inc dilaporkan melarang penggunaan aplikasi jejak lokasi untuk mengesan kontak baharu bagi tujuan menyekat jangkitan COVID-19.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Sawal Hamid Md Ali pula menjelaskan, aplikasi ‘geofencing’ akan menggunakan pengesanan GPS (global positioning system) untuk mengesan koordinat pengguna dan ia akan disimpan serta dihantar ke pangkalan data atau ‘awan’.

“Biasanya aplikasi ini akan merakamkan jika terdapat perubahan koordinat dalam jarak tertentu dan pihak berkuasa boleh melihat pergerakan koordinat setiap pengguna dari pangkalan data berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya GPS itu sengaja ditutup, sistem boleh mengesannya kerana sistem ditetapkan untuk sentiasa menerima data dari telefon untuk julat masa tertentu.

“Sebagai contoh, setiap sejam koordinat akan disemak. Sekiranya data tidak masuk untuk tempoh tertentu, maka boleh dikatakan fungsi GPS dimatikan. Pihak berkuasa boleh menyiasat pengguna itu.

“Mereka akan tahu sama ada GPS itu ditutup atau aplikasi dibuang (uninstall) sekiranya pelayan data tidak menerima data untuk tempoh masa tertentu yangditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Sawal Hamid berkata, sistem yang diwujudkan nanti akan menerima peringatan terhadap data yang tidak diterima atau mereka melebihi radius ditetapkan.

Aplikasi Geofencing sebenarnya digunakan di Indonesia oleh Syarikat Grab

Sumber Berita Harian, Media Sosial

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

[Video] ‘Hero yang tidak didendang’ cuci longkang tersumbat tengah lebuh raya

PETALING JAYA – Sanggup mengotorkan badan dan merisikokan diri demi orang lain. Itu pengorbanan dua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *