Home / Usahawan / 42 Produk Dikeluarkan Syarikat Bumiputera ini Dengan Pekerja 105 Anak Tempatan Muslim

42 Produk Dikeluarkan Syarikat Bumiputera ini Dengan Pekerja 105 Anak Tempatan Muslim

PRODUK BERASASKAN SERAI WANGI KELUARAN ANAK MELAYU!

Anda pernah membeli produk Serai Wangi di pasaraya?
Siapakah pemilik di sebalik jenama ini?

Merujuk dari website AFY HANIFF diasaskan oleh Tuan Haji Yunus bin M.Haniff pada tahun 2006 bersama dengan anak beliau, Amirul Firdaus dan Amirul Ariff. Produk pertama yang dikeluarkan syarikat adalah Penghalau Serangga Serai Wangi yang dihasilkan di sebuah rumah kedai bertempat di pekan kecil Telok Mas, Melaka.

Motivasinya yang kuat untuk mencipta produk penghalau serangga terbaik dengan menggunakan bahan asas semulajadi yang berfungsi menghalau serangga secara semulajadi dan jimat menjadikan AFY HANIFF sebagai salah satu syarikat pengeluar produk pencuci yang terkenal sehingga hari ini.

Cabaran yang paling sukar dihadapi adalah mengubah persepsi masyarakat daripada menggunakan racun serangga kepada penyembur semulajadi Serai Wangi. Dalam masa 5 tahun pertama, produk Serai Wangi mendapat tempat dihati pengguna dan permintaan yang tinggi sehingga melebarkan operasinya ke kilang kecil di kawasan industri Telok Mas pada tahun 2011. Jenama Serai Wangi sering digunapakai oleh pihak pesaing dengan menggunakan nama yang sama Serai Wangi sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna Serai Wangi AFY HANIFF.

Masalah ini ditangani dengan langkah penjenamaan semula Serai Wangi kepada SWiPEL®️ – Serai Wangi Insect Repellent. Pada tahun 2019, Alhamdulillah SWiPEL®️ telah pun didaftarkan dibawah Harta Intelek dan menjadi hak milik sepenuhnya AFY HANIFF.

Kini AFY HANIFF diterajui oleh Amirul Firdaus bin Yunus mengorak langkah lebih jauh dengan penghasilan pelbagai produk disamping pengedaran besar-besaran di seluruh Malaysia sehingga kini mereka telah membuka pejabat pengurusan dan gudang di Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.

Dengan dibantu oleh lebih 105 anak muda tempatan (100% Muslim) AFY HANIFF telah mengeluarkan lebih dari 42 jenis produk yang dipasarkan di lebih 2,000 pasaraya besar di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Dengan berteraskan elemen “Semulajadi, Selamat dan lebih Jimat”, pelbagai produk telah dihasilkan menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan, bebas bahan kimia berbahaya dan dijamin HALALAN TOYYIBAN.

Produk penghalau serangga semulajadi, penyegar udara dan fabrik, pencuci pinggan dan tangan ialah antara produk kegunaan rumah yang kini menjadi keperluan setiap rakyat Malaysia.

Hebat bukan syarikat anak jati Melaka ini?

Pada zaman kemerosotan ekonomi, kempen membeli barangan Malaysia amat penting bagi menjana ekonomi negara. Jenama Malaysia mempunyai tanggungjawab mendidik masyarakat Malaysia dengan mendedahkan jenama-jenama tempatan yang tidak kurang hebatnya berbanding jenama antarabangsa.

Apapun jua, jenama Malaysia perlu diutamakan. Perbandingan harga dan kualiti produk seharusnya menjadi tabiat Malaysia untuk memilih produk.

Jika anda memilih untuk menyokong jenama Malaysia, 100% muslim, halal, produk keluaran AFY HANIFF (SWiPEL®️, D’menC®️, 40days®️ dan plash®️) adalah pilihan terbaik setanding jenama terkemuka yang lain.

Jom kongsikan info ini kepada rakan-rakan dan group anda. Bersama-sama kita berjihad dalam page BMF ini untuk menyokong produk muslim.

Produk-produk AFY HANIFF boleh didapati di lebih 2000 pasaraya termasuk MYDIN, TESCO, GIANT, JUSCO, ECONSAVE, TF VALUE, FAMILY STORE, AEON BIG dan banyak lagi.

“ AFY Haniff, Teman Suri Rumah Anda ”

Untuk pembelian online ada di :

SHOPEE : https://shopee.com.my/afyhaniff
LAZADA : https://www.lazada.com.my/shop/afy-haniff
YEZZA : https://afyhaniff.yzza.io/4led

#afyhaniff #produkmuslim #bmf #jenamamalaysia

About admin

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *