Home / Info Viral / Ustaz Ebit Teruskan Misi Bantuan Ke Yan | Ziarah Rumah Mantan Imam yang Hilang

Ustaz Ebit Teruskan Misi Bantuan Ke Yan | Ziarah Rumah Mantan Imam yang Hilang

Kami ziarah rumah mantan Imam berumur 90an. yang hilang dibawa air. Beri sedikit kata semangat dan doa serta sedikit sumbangan buat isterinya dan ahli keluarga. Sayu dengar Imam ini tak boleh bangun.

Keluarga yang mandikan dan uruskannya. Rumah ni masih selamat asbab Allah lindung dengan pokok besar. Jika tak langsung tiada tempat berpaut dan lain-lain. Dengar anak kecil cucunya bersangkut dekat dahan.

Semoga Allah beri pahala syahid buatnya. Allah beri kekuatan buat ahli keluarganya. Semoga Allah beri ketabahan buat penduduk disini. Kami bersama Masjid Jamek Yan dan Masjid disini. Terima kasih ajk masjid di Yan. Terima kasih pihak kerajaan dan semua ngo dan penduduk kampung yang saling bantu membantu.

Ziarah dan misi bantuan ke Yan Kedah. Bawa hadiah Tilam dan barang makanan serta sumbangan. Sebak lihat di pusat operasi menyelamat ini lebih 300 orang. Tadi berjumpa Ketua pengarah Bomba Kedah yang bekerja keras dalam misi ini bersama Bomba, PDRM, APM, Rescue Bencana Malaysia, dan Ngo lain yang dari awal membantu.

Masjid Jamek Yan dan Sekolah Kebangsaan Hj Nyak Gam menjadi tempat tumpuan NGO membantu. Sekolah habis semua komputer,alatan, meja, perabot,sehingga semua cakap sama semua pakaian habis sampai tiada pakaian dalam. Ramai yang cuma dapat selamatkan diri je. Perabot dan barang elektrik semua habis. Sedih lihat mereka. Berat ujian.

Petugas bertungkus lumus mencari mangsa banjir. Belum pernah terjadi sebesar ini kata mereka. Kami bersama team Masjid Jamek Yan dan Masjid Ahmadiah bawa sedikit bantuan dan sumbangan buat petugas disini.

Semoga menjadi asbab kebaikan.

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *