Satu klust3r Covid-19 telah dik3san di Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, di sini membabitkan seramai 21 orang petugas kesihatan.
P3ngarah HSA Johor Bahru, Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, Kluster Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan itu dikesan hasil aktiviti saringan t3rmasuk pengesanan kontak dijalankan susulan daripada pengumuman yang dibuat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah semalam.
Katanya, p3ngurusan HSA Johor Bahru telah bertindak segera untuk mengawal serta mengekang penularan jangkitan Covid-19 di fasiliti tersebut.
“Langkah2 kawalan tersebut adalah merangkumi mengenal pasti kontak rapat di t3mpat kerja, rumah dan sosial serta melakukan saringan calitan tekak terhadap kontak rapat di tempat kerja, rumah termasuk sosial.
langkah susulan yang diambil juga melibatkan tindakan merawat, pemantauan dan kuarantin dijalankan mengikut kategori pesakit dan kontak.
Kerja2 sanitasi dan nyahkuman juga telah dilakukan di semua lokasi yang terlibat dan pengoperasian Jabatan Kecemasan dan Trauma tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini.
Dr. Mohtar memberitahu, Unit Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Persekitaran akan memantau tahap kesihatan semua petugas terlibat termasuk amalan kwln infeksi diperketatkan dan dipantau oleh Unit Kawalan Infeksi di kalangan kakitangan dan petugas kesihatan.-
Sumber Kosmo ONLINE
Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share