Home / Usahawan / Hikmah PKP ,Zamburger Menambah Caw. Hotel Zamburger Patuh Syariah

Hikmah PKP ,Zamburger Menambah Caw. Hotel Zamburger Patuh Syariah

Hikmah PKP,hotel beralih tangan kepada Zamburger yang juga pemegang kelab bola sepak kelantan

Rangkaian hotel syariah Zamburger

Hotel Zamburger komited mewujudkan rangkaian hotel syariah terbesar di negara ini melalui pengambilalihan dan pemilikan (M&A) 220 hotel butik berpotensi.

Pengasasnya, Norizam Tukiman berkata, idea mengambil alih hotel butik berikutan kesan pandemik Covid-19 terhadap industri perhotelan yang dilihat banyak membuang pekerja.

Katanya, setakat ini, terdapat 30 Hotel Zamburger di hampir seluruh negeri di Malaysia termasuk resort di Langkawi.

“Kami menyasarkan dan memerlukan 75 lagi hotel dalam tempoh enam bulan lagi.

“Kami bersedia memberi peluang kepada mana-mana hotel yang mempunyai masalah aliran tunai atau terpaksa memberhentikan pekerja untuk M&A.

“Pemilik hotel akan diberi jaminan keuntungan bulanan dalam bentuk sewaan pajakan tanpa perlu memikirkan operasi memenatkan dan ditambah dengan masalah kekurangan pelancong ketika ini,” katanya.

Menurutnya, objektif utama Hotel Zamburger meluaskan rangkaiannya adalah untuk transformasi hotel terbabit kepada patuh syariah serta menampilkan imej hotel bersih dan berkualiti setanding hotel bertaraf empat bintang.

Norizam yang juga pemilik pasukan The Red Warriors itu berkata, menjelang Disember depan, pihaknya akan memperkenalkan platform tempahan dalam talian sendiri untuk memudahkan pelanggan.

Bagi perancangan masa hadapan, beliau bercadang untuk menyenaraikan Hotel Zamburger di pasaran saham.

SUMBER: Harian Metro

Advertisement

About admin

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *