Home / Berita Terkini / Anak perempuan jatuh dari Apartment | Luluh Hati Ayah BilaMelihat Anak Terbaring

Anak perempuan jatuh dari Apartment | Luluh Hati Ayah BilaMelihat Anak Terbaring

Seremban, N9 : Luluh hati se0rang bapa apabila bunyi kuat yang didengari rupanya anak perempuannya dipercayai terjatuh dari Apartmen Taman Bukit Inai, Nilai, malam tadi, s3belum disahkan m3ninggal dunia.

Bapa saudara mangsa, Rusazuan Azmi, 33, berkata, k3tika kejadian dia baru saja tiba di rumahnya di blok b3rseb3lahan sebelum dihubungi abangnya kira2 jam 9.30 malam.

Abang saya memaklumkan anaknya yang berusia 13 tahun terjatuh sebelum saya bergegas ke blok apartmennya. Ketika tiba anak saudara saya masih lagi berg3rak dan seperti menahan ke3sakitan.

“Saya menyangka dia mungkin t3rjatuh dari tempat rendah kerana tiada sebarang pendarahan sebelum menghubungi talian kecemasan,” katanya ketika ditemui Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

Rusazuan berkata, k3tika kejadian, abangnya sedang mencari anaknya itu di sekitar apartmen s3lepas keluar dari rumah sebelum terdengar objek t3rjatuh.

“Daripada apa yang diceritakan abang, anaknya keluar ketika dia sedang b3rniaga. Secara tiba2 abang m3ndengar bunyi objek jatuh sebelum mendapati arwah t3rbaring di lantai.

“Tiada sesiapa yang nampak arwah t3rjatuh dari tingkat berapa. Bagaimanapun, selepas membuat pemeriksaan, saya menemui selipar dan telefon bimbitnya di bumbung apartm3n berhampiran tangki air setinggi kira-kira 12 meter,” katanya.

Rusazuan berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan s3belum kejadian dan tidak mempunyai masalah dengan ibu bapa.

Saya meminta orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sendiri b3rhubung kejadian,” katanya.

Sem3ntara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, polis masih menjalankan siasatan.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber harian Metro

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *