Home / Usahawan / Sirap Rose Lejen Diciplak mengelirukan pengguna

Sirap Rose Lejen Diciplak mengelirukan pengguna

Sejarah sirap rose ‘LEJEN’ ni bermula pada tahun 1982 yang mana pada tahun itu terhasilnya satu produk pekatan rose jenama Ameen oleh pengasasnya Allahyarham Tn Hj Amanulla di Teluk Intan, Perak. Pada waktu itu tidak ada lagi syarikat muslim yang mengeluarkan produk pekatan rose untuk bersaing dengan jenama lain yang sedia ada.

Design label kuning yang disengetkan, mempunyai gambar bunga rose dan botol kaca empat segi merupakan trademark jenama Ameen ketika itu. Semuanya lain dari yang lain bagi mencipta identiti sendiri dan membezakan produk dengan jenama yang lain.

Memasarkan produk kepada pengedar-pengedar adalah tidak mudah dan disebabkan itu beliau memilih untuk melakukannya sendiri bersama seorang pembantu. Dari kampung ke kampung sehinggalah ke kedai-kedai runcit di sekitar bandar negeri Perak beliau masuk. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kegigihan beliau, produk Ameen mula dikenali dan mendapat sambutan kerana kualitinya dan seterusnya pasaran Ameen diperluaskan di negeri-negeri lain seperti Selangor dan Pahang.

Namun apabila produk mula dikenali, bermulalah episode pesaing cuba untuk mengganggu pasaran Ameen dengan mengeluarkan design label dan botol yang hampir sama bagi mengelirukan pengguna dan pada masa yang sama, produk keluaran asal mereka tetap dijual seperti biasa. Alhamdulillah, walaupun rupa label yang sama tetapi nama jenama iaitu ‘Ameen’ tidak boleh digunakan mereka kerana telah didaftarkan di Myipo pada tahun 1985.

Walaubagaimanapun, lama kelamaan jenama Ameen mula kurang dikenali kerana pengguna telah keliru dengan produk syarikat pesaing yang membanjiri pasaran pada ketika itu. Pasaran mereka sangat pantas kerana mereka mempunyai platform untuk memasarkan produk iaitu melalui pengedar-pengedar besar di setiap negeri yang bekerjasama untuk mengedarkan produk mereka. Faktor umur Tn Hj yang membataskan pergerakan untuk mencari pasaran baru juga antara sebab mengapa jenama Ameen mula kurang dikenali.

Pada awal tahun 2000, syarikat Ameen telah diambil alih anak beliau, Mohd Irfan dan telah membuat beberapa perubahan (rebranding) kepada produk untuk menyelesaikan masalah produk tiruan yang dihadapi selain menyambung usaha tn Hj untuk meluaskan pasaran. Alhamdulillah walaupun permulaannya agak perlahan, namun pelanggan mula mengenali Ameen dan yakin dengan wajah baru ini. Seterusnya, produk berjaya dipasarkan di pasaraya-pasaraya utama seperti Mydin, Tesco, Giant dan lain-lain.

Namun begitu, syarikat masih lagi menghadapi cabaran untuk menembusi platform pengedar yang merupakan kubu kuat pesaing-pesaing walaupun telah banyak usaha dilakukan untuk memperkenalkan produk seperti melalui iklan tv, radio dan juga suratkhabar.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke 39 Ameen di pasaran. Bukan sahaja kami masih bertahan tetapi semakin berkembang maju kerana telah berjaya melantik pengedar terbesar di utara tanahair dan juga Pantai Timur untuk pengedaran di negeri masing-masing. Ini semua adalah berkat sokongan dan semangat luar biasa yang diberikan pelanggan-pelanggan yang sama-sama hendak memajukan syarikat bumiputra اسلام di Malaysia.

Kami yakin dengan adanya sokongan melalui permintaan dari pelanggan yang tidak putus-putus, pengedar-pengedar besar ini akan ambil juga produk اسلام untuk dipasarkan disemua kedai. Terima kasih💗

Like FB kami: https://m.facebook.com/ameenproductssdnbhd/
Beli online: https://shopee.com.my/ameen1982
Layari: https://ameen.com.my
Tel: 05-6251621 & 014-9663098 (pej)
Email: custcare@ameen.com.my

Advertisement

About admin

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *