Home / Info Viral / Hidayah Diakhir Hayat, Insyallah Syurga Buatmu Tan Foo Hock

Hidayah Diakhir Hayat, Insyallah Syurga Buatmu Tan Foo Hock

Hidayah milik Allah, meninggaI dalam keadaan suci bersih

“Tiga kali saya suarakan supaya dia b3rdoa kepada tuhan minta kurangkan kes4kitannya sepanjang kira-kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya, memandangkan dia seorang free thinker, dia hanya diam.

“Akhirnya, kira-kira 9 pagi Selasa lalu k3tika saya bangkitkan hal sama, dia minta penjaganya, Nurin, untuk ajar dia mengucap dua kalimah syahadah,” kata Suzie Tan Eng Lian, 59.

Suzie adalah adik kepada Tan Foo Hock, 66, yang tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas dikatakan memeIuk Islam sebelum meninggaI dunia kurang 24 jam kemudian.

Foo Hock dipercayai menggunakan Mohammad Ridzuan Tan Abdullah sebagai nama Islamnya meninggaI dunia akibat kans3r di kediaman Suzie di Subang Jaya, Selangor, 27 Mei lalu.

M3nurut Suzie, m3skipun berlainan agama, dia dan adik-beradik lain tiada masaIah dengan keputusan abangnya untuk memilih Islam sebelum menghembuskan naf@s terakhir.

Malah, Suzie sebaliknya mengakui lega melihat riak wajah abangnya berbeza, malah kelihatan lebih tenang sebaik selesai melafazkan kalimah itu.

“Amat menakjubkan selepas mengucap, arw4h kelihatan sangat tenang dan kemudian menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama anak dan menantunya sepanjang hari.

“Menjelang malam, anak dan menantu arw4h pulang ke rumah mereka dan pada waktu Subuh, saya dapati abang saya sudah tiada. Dia meninggaI dalam tidur,” demikian kata Suzie.

Jenaz4h Tan Foo Hock diuruskan sendiri ahli keluarganya yang bukan beragama Islam.

Sementara itu, adik bongsu arw4h, Mohammed Khairi Tan Abdullah, 54, berkata, keputusan abangnya untuk memeIuk Islam agak mengejutkan memandangkan Foo Hock dikatakan tidak menunjukkan minat selama ini.

Namun, Mohammed Khairi juga tidak men4fikan abangnya sering dipanggil dengan pelbagai nama Melayu seperti Ridzuan dan Azlan oleh rakannya memandangkan Foo Hock banyak bergaul dengan masyarakat Melayu.

“Jika diikutkan minat, mungkin saya lebih minat untuk memeIuk Islam apabila saya sendiri pernah dipuji oleh ustazah kerana boleh menulis jawi dan membaca ayat suci al-Quran dengan baik walaupun saya orang Cina.

“Manakala, arwh, selain banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, dia memang fasih berbahasa Melayu, malah fizikalnya juga bermisai menampakkan seperti orang Melayu, namun tiada tanda-tanda dia ingin memeIuk Islam.

“Cuma pernahlah ketika umur saya sekitar 12 tahun, saya terjumpa buku Fardu Ain yang mengajar cara solat dan sebagainya di dalam laci arwh.

“Ketika itu arwh berusia 24 tahun dan saya pun tidak meng3syaki apa-apa ketika saya masih kecil, sekadar selongkar barang abang-abang dan saya tidak tanya atau mengadu kepada sesiapa mengenai perkara itu,” katanya.

Mohammed Khairi berkata, memeIuk Islam bukanlah asing dalam keluarga mereka memandang dia dan kakaknya yang menetap di Singapura sudah sekian lama menganut agama itu.

“Daripada 14 beradik seibu sebapa, saya dan kakak saya di Singapura sudah pun memeIuk Islam sejak zaman muda lagi yang mana kakak saya kini juga seorang ustazah di sana.

“Jadi, perkara ini bukanlah asing. Kakak saya (Suzie) pun beritahu saya dalam keadaan bersahaja, ‘Khairi, abang kau (Foo Hock) dah masuk Islam’ sebaik arwh selesai lafaz dua kalimah syahadah.

“Kakak saya kata, arwh cakap ‘aku nak masuk Islam, aku nak m4ti dalam Islam’ sambil suruh Nurin ajar dia mengucap tapi Nurin teragak-agak kerana bimbang dengan respons orang lain, namun dia lakukan juga apabila semua ahli keluarga tidak membantah.

“K3tika itu saya sangat bersyukur dan apabila dia meninggaI dunia keesokannya, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia. Dapat memandikan mayatnya memberikan saya pengalaman indah terakhir bersamanya,” katanya.

Sumber Media Sosial, KL Express, KongsiSibomokniko

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *