Satu mayat lelaki warga emas berusia 60 tahun dijumpai selepas terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air di atas Gunung Jerai hari ini.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Haji Muhamad Sanusi Md Nor dalam satu taklimat banjir di Pejabar Daerah Yan sebentar tadi.
MB Kedah hadir mesyuarat khas taklimat banjir di Pejabat Daerah Yan malam ini sebelum melawat ke lokasi banjir di kawasan Gunung Jerai. pic.twitter.com/L8a6f5pgrS
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 18, 2021
Kejadian hujan lebat di atas Gunung Jerai tersebut mengakibatkan kawasan sekitarnya termasuk Yan, Singkir dan Merbok berlaku banjir kilat hingga menyebabkan banyak kerosakan jalan raya dan perumahan di sekitar itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.38 petang.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan kita sedang menunggu Unit STORM dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) untuk bantuan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
SAR turut disertai polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA).
Dalan insiden lainnya kira-kira 4.30 petang Rabu, tiga pekerja Jerai Hill Resort terselamat, manakala seorang meninggal selepas melakukan usaha pencaria malam tadi
Katanya, mangsa yang selamat hanya cedera adalah Muhamad Muslim Shaari, 36, manakala dua lagi kakitangan, Muhamad Soleh Abdul Halim, 30-an, dan Muhammad Siraj Munir Muhamad Abdul Malek, 33, tidak cedera.
Pekerja keempat iaitu Sharuzi Mohamad, 53, mayatnya ditemui di sebalik timbunan ranting kayu, daun dan dalam lumpur, pada jarak 200 meter dari pusat peranginan terbabit.