Home / National / Tok Mun (102 Tahun) tak sabar nak ambil vaksin | Nak urusan Pejabat

Tok Mun (102 Tahun) tak sabar nak ambil vaksin | Nak urusan Pejabat

Bekas calon bebas, Maimun Yusuf atau lebih dikenali sebagai tok Mun pernah disuruh menjual tanah pusakanya untuk mendapatkan wang bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)…siapa tak kenal beliau..

K3na cucuk (vaksin) kalau tidak susah nak pergi mana2.  Penyakit ni (COVID-19) bahaya,” kata warga emas, Maimun Jusoh atau lebih dikenali sebagai Tok Mun.

Tok Mun yang berusia 102 tahun, berkata sebelum ini beliau enggan mengambil suntikan vaksin bukan kerana anti vaksin tetapi disebabkan takut jarum.

B3liau berkata, sejak dulu lagi tidak pernah menerima rawatan di hospital menyebabkannya takut untuk menerima suntikan.

Tok Mun yang dilahirkan pada 24 Jun 1919, b3rkata dia mendaftar untuk temujanji vaksin bulan lalu, dengan bantuan kenalan menerusi aplikasi MySejahtera dan tidak sabar menunggu tarikh untuk menerima vaksin.

“Kali ini tok terpaksa cucuk juga. Tok kena ambil ubat ni (vaksin) kalau tidak susah nak pergi mana-mana.

“Orang kata, kalau cucuk baru boleh gi jalan dan buat urusan di pejabat.

“Tok m3mang ada nak buat urusan tanah, kalau tak cucuk tak boleh lah tok nak buat urusan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Atas Tol, di sini.

Warga emas itu juga berhasrat untuk menunaikan umrah dan mengambil vaksin bagi membolehkan dia menunaikan hajat yang sudah lama terpendam.

“Saya teringin untuk ke Makkah kerana mahu menjejakkan kaki ke tanah suci.

Tok Mun mula dikenali ramai dan menjadi perhatian rakyat negara ini apabila muncul sebagai calon tertua bertanding pada PRU ke-12 (PRU-12) pada 2008 iaitu pada usia 89 tahun.

Dia kemudian sekali lagi bertanding atas tiket Bebas pada PRU-13, namun seperti PRU sebelum itu, warga emas itu hilang wang pertaruhan.

Sumber Berita Harian an Meia Sosial, Utusan

Advertisement

About Cucu

Check Also

[Video] ‘Hero yang tidak didendang’ cuci longkang tersumbat tengah lebuh raya

PETALING JAYA – Sanggup mengotorkan badan dan merisikokan diri demi orang lain. Itu pengorbanan dua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *