Home / Info Dunia Islam / Alh4mdulilah 10 Rakan Artis Sud4h Mula Bertudung Sel3pas Siti Sarah Pergi Meninggal Kan Kita S3Mua

Alh4mdulilah 10 Rakan Artis Sud4h Mula Bertudung Sel3pas Siti Sarah Pergi Meninggal Kan Kita S3Mua

Pelakon Betty Rahmad berkongsi kisah penghijrahannya yang kini tampil dengan imej bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan Awal Muharam baru-baru ini.

Kongsi Betty, 40, hatinya mula terdetik untuk melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia lebih dua tahun sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran.

Dia juga mengakui sudah lama tidak membaca kitab suci berkenaan.

“Sebenarnya ini semua saya untuk diri sendiri. Setiap kali solat, saya berdoa kepada Allah supaya jadikan diri saya seorang yang lebih baik, beriman dan diberikan hidayah.

Pemergian rakan artis Siti Sarah Raissuddin turut menjadi asbab buat pelakon itu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

“Semuanya terdetik ketika tengok anak pandai mengaji, manakala diri sendiri masih tidak berapa lancar. Sehinggalah saya mula menyertai kelas mengaji dalam talian bersama rakan pelakon, Nabila Huda,” kongsinya dalam sesi siaran langsung dalam Instagramnya beberapa jam lalu.

Tambah pemilik nama sebenar Norsha Rahmad itu, dia mula melatih diri dengan bangun tidur seawal pukul 4.30 pagi untuk mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji di balkoni rumahnya.

Izara

Perkongsian terbaru Izara Aishah di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya tampil sopan dan bertudung labuh.

Menerusi entri itu, Izara berkongsikan beberapa keping gambarnya berhijab namun pelakon itu menutup ruangan komen posting tersebut.

Namun, timbul persoalan apabila pelakon itu bertindak memadam gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung di Instagram sekaligu mencetuskan spekulasi dikalangan netizen.

Baru sahaja dua jam dikongsikan, foto yang dimuat naik tanpa kapsyen itu meraih lebih 80,000 likes. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Izara.

Bantu saya terus istiqamah bertudung’ – Vicha Saywho
“Pemergian Siti sarah Betul-Betul Buka Mata Saya”

Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa saya dan sudah tiba masanya untuk saya berhijrah ke arah yang lebih baik,” kata pelawak dan pelakon, Vicha Saywho mengenai imej baharunya yang kini sudah bertudung.

Vicha berkata, banyak perkara yang bermain di fikiran hingga membantutkan hasratnya untuk bertudung selama ini.

“Niat untuk bertudung memang sudah lama. Malah, sepanjang Ramadan lalu saya cuba memakai tudung perlahan-lahan. Apa yang menjadi kebimbangan selama ini adalah jika keputusan untuk bertudung akan menyukarkan peluang saya untuk mencari makan dalam bidang ini sebab saya adalah seorang pelawak.

“Namun, melihat kejadian demi kejadian yang berlaku termasuk pemergian Allahyarham Siti Sarah benar-benar membuka mata saya untuk berhijrah.

“Saya terfikir sampai bila saya kena takut dengan pekerjaan sedangkan Tuhan yang maha memberi kekayaan dan rezeki kepada umatnya,”

Menurut Vicha, dia berharap penghijrahan yang dilakukan akan berterusan selama-lamanya.

Vicha berkata, selepas berbincang dengan rakan-rakan yang kebanyakannya sudah bertudung, dia kuatkan hati dan dekatkan diri dengan Allah.

“Hari ini adalah detik paling indah dalam hidup saya dan saya mohon doa daripada orang ramai supaya saya terus istiqamah. Saya juga berharap Allah akan terus beri perasaan ketakutan dalam dunia ini sampai bila-bila. Saya bimbang jika keadaan negara sudah kembali pulih dan kita mendapat semula nikmat dunia, kita lupa untuk dengan-Nya,” katanya.

Dalam pada itu, Vicha mengakui Allahyarham Siti Sarah adalah rakan artis yang sangat baik.

“Baru-baru ini arwah ada memberikan saya jubah yang dibuat khas mengikut saiz saya. Padahal saya hanya tanya adakah saiz saya ada dijual.

“Ketika menyarung jubah pemberiannya, hati saya sangat gembira dan ingatkan nak beritahu yang kepadanya yang saya cantik dengan tudung yang dikenakan. Arwah sangat baik walaupun kami tidak rapat,” katanya.

 

Advertisement

About Cucu

Check Also

inilah-laut-m4ti-bukti-b4la-yang-diturunkan-allah-swt-terhadap-kaum-nabi-luth-as-akibat-mel4wan-perintah-nya-allahu-akbar.

Inilah Laut Mati Bukti Bala Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth A.S Akibat Mel4wan Perintah-Nya ..Allahu Akbar..

Allahu Akbar.. Inilah Laut M4ti Bukti B4la Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *