Home / Berita Terkini / Muhyiddin dihukum at4s pengkhian4tannya Sendiri – Mat Sabu

Muhyiddin dihukum at4s pengkhian4tannya Sendiri – Mat Sabu

Pr3siden Amanah, Mohamad Sabu m3nyifatkan krisis politik yang dihadapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini adalah hukuman terhadap pengkhianatan Perdana Menteri, Muhyyidin Yassin.

M3nurutnya Muhyyidin adalah se0rang watak dalam pengkhianatan terhadap keputusan PRU14 sekali gus mencatat episod hitam dalam sejarah demokrasi negara.

“Pada Februari 2020, satu episod hitam t3lah t3rcatat dalam s3jarah demokrasi negara. Sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya telah dijatuhkan melalui pengkhianatan wakil-wakil rakyat yang melompat parti.

“Ini bukan sahaja sesuatu yang malang malah s3suatu yang sial. Kini, kerajaan yang diakui mereka sendiri dibentuk secara ‘tebuk atap’ dengan mencuri mandat rakyat ini bakal rebah. Ia ternyata bukan sebuah kerajaan yang stabil malah ia adalah sebuah kerajaan yang gagal,” katanya dalam k3nyataan media, hari ini.

Sumber gambar: MalaysiaKini Kredit Azlan zamhari

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika mengulas senario politik semasa selepas Muhyyidin didapati hilang majoriti parlimen dan dijangka akan meletakkan jawatannya hari ini.

Mohamad b3rkata, pengkhianatan Muhyyidin bersama rakan-rakannya menyebabkan jatuhnya sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia melalui pilihan raya.

“Kini beliau terhukum oleh pengkhianatannya yang dahulu. Sejarah akan merakamkan bahawa beliau adalah seorang perdana menteri yang gagal, mencuri mandat dari rakyat Malaysia.

This is the biggest evil. Jika dalam peperangan, sejarah menukilkan bahawa pengkhianat biasanya dihukum bunuh.

“Ini k3rana pengkhianatan mereka merosakkan sistem demokrasi. Pengkhianatan atau mencuri mandat rakyat di tengah jalan seperti yang dilakukan ini tidak boleh dibiarkan,” ujarnya yang juga anggota Parlimen Kota Raja.

J3las bekas timbalan presiden PAS itu lagi, sejak merdeka 1957, n3gara melalui sebanyak 14 kali pilihan raya umum sebagai satu proses pemilihan kepimpinan negara.

Just3ru katanya, parti-parti politik bersaing merebut pengaruh dan mendapatkan s3banyak mungkin sokongan daripada rakyat. Parti yang mendapat paling banyak undi dikira pemenang.

“Parti atau gabungan yang mempunyai paling ramai wakil akan membolehkan mereka membentuk kerajaan, sementara pihak yang kalah akan berusaha lagi mendapatkan sokongan dalam pilihan raya berikutnya.

“Amalan ini diterima pakai oleh rakyat sejak merdeka. S3kali pun masih memerlukan penambahbaikan, namun secara umumnya itulah sistem demokrasi yang diterima semua,” katanya.

Mohamad turut menyatakan kerisauan sekiranya tr3nd lompat parti itu akan terus berlaku secara besar-besaran di masa akan datang.

“Apa akan terjadi jika suatu hari nanti 40 orang ahli parlimen berjaya dibeli oleh kuasa luar setiap penggal? Tentunya kedaulatan negara akan tergadai.

“Peristiwa ini tidak harus dibiarkan berulang. Mandat rakyat melalui pilihan raya tidak wajar dipermainkan dengan mencuri dan melompat parti ditengah jalan.

“Tiada jalan lain kepada pengkhianatan ini melainkan k3mbali ke pangkal jalan dan berusaha memperbaiki kesilapan tersebut. Sesungguh tuhan maha pengampun dan maha penyayang,” tegasnya.

Sumber Berita MalaysiaKini dan Media Sosial

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *