Tump4t, Kelantan: Tid4k dapat menahan pilu, seorang ibu b3rulang kali memeluk dan meratap hiba di sisi j4sad anak lelakinya yang maut akibat kemalangan jalan raya, petang tadi.
Rozita Ramli berusia 40-an dilihat berulang kali m3luahkan rasa tidak percaya anaknya, Shahrul Faieza Zamzuri, 20, sudah meninggal dunia sebaik ditemui di lokasi kejadian di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu di sini.
Rozita berkata, dalam k3jadian kira-kira jam 2.40 petang itu anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Dusun Langgar selepas selesai menjalankan urusan penghantaran kek yang ditempah pelanggan.
“Anak saya k3rap menawarkan diri untuk menghantar kek yang saya buat untuk pelanggan dan hari ini dia membuat penghantaran di Kampung Tok Malek, tidak jauh dari rumah.
“Saya tidak menyangka hari ini adalah hari t3rakhir dia membuat penghantaran,” katanya yang dilihat beberapa kali meluahkan rasa bersalah kerana mangsa menemui ajal atas urusan perniagaannya itu.
Situasi s3makin pilu sebaik bapa mangsa yang baru tiba di lokasi terus menerkam Shahrul yang berlumuran darah, sebelum pasangan suami isteri itu meraung di sisi mangsa, malah sebaik jenazah hendak diangkat ke dalam trak polis, Rozita secara tiba-tiba longlai dan terpaksa dipapah ahli keluarga.
S3mentara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Kat4nya, kejadian membabitkan perlanggaran motosikal dan lori membawa muatan batu kelikir di Kampung Tok Malek di sini.
“Siasatan awal mendapati, ketika tiba di lokasi kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115 dari arah b3rtentangan dipercayai secara tiba-tiba memasuki ke laluan lori menyebabkan berlaku perlanggaran secara berhadapan.
“M4ngsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber BH Online dan media Sosial
Untuk Perbincangan di Komuniti Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Sokong Ekonomi Muslim Komuniti | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share