Home / Info Viral / Terdiam semua YB, Sultan Johor ‘Sound’. Ini d3wan yang mulia, bukan sangkar beruk’

Terdiam semua YB, Sultan Johor ‘Sound’. Ini d3wan yang mulia, bukan sangkar beruk’

ISKaNDaR PUT3RI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar m3ngingatkan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu agar tidak membawa apa-apa usul yang tidak berkenaan sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

Sultan Ibrahim bertitah, ketika ini bukan masa untuk berbalah tetapi waktu terbaik untuk bersatu dan bekerjasama serta tidak mempersoalkan apa yang dilakukan pihak lain untuk m3mbantu rakyat, sebaliknya mencerminkan muka sendiri bagi melihat apa yang telah dilaksanakan.

“Saya ingatkan bahawa dewan negeri ini adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor. Jangan cemarkan dewan saya ini dengan perangai buruk, ini adalah dewan yang mulia, bukan dewan sangkar beruk, ingat pesanan saya Tuan Speaker. Jalankan kerja baik-baik.

“Tidak perlu berbahas atau membawa usul tidak berken4an, awak semua mesti pentingkan rakyat di luar sana yang tengah susah, ada yang kelaparan, hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak Cvid-19,” titah baginda ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor di sini, sebentar tadi.

Sultan Ibrahim juga sek4li lagi bertitah untuk tidak akan teragak-agak membubarkan DUN kali ini sekiranya terd4pat usaha mana-mana pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada.

Baginda juga memberi peringat4n bahawa tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sehingga mengganggu-gugat Johor dan kerajaan negeri.

“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing2 g hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukan kepentingan rakyat.

“Apabila wabak Cvid-19 sudah t3rkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih ahli dewan yang baharu. Selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” titah baginda.

Justeru, Sultan Ibrahim mahu DUN Johor m3njadi pentas untuk wakil-wakil rakyat berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan Johor.

‘Ahli politik berpolitik, mangsa? Rakyat. Merompak, mangsa? Rakyat’

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat bahawa raja-raja harus memainkan peranan, bersuara dan menggunakan kuasa demi menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan negara.

Pandangan tersebut disuarakan oleh Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya yang menyuarakan kebimbangan terhadap nasib rakyat.

Kenyataan yang dibuat Tunku Ismail itu dipercayai merujuk kepada pemimpin dan ahli politik yang hanya memikirkan soal kepentingan peribadi hingga mengetepikan masalah rakyat ketika dilanda pandemik Cvid-19 ketika ini.

Menurut penulisan Tunku Mahkota Johor itu, rakyat hanyalah menjadi mangsa akibat kerakusan pemimpin yang hanya mementingkan diri dengan mengutamakan kepentingan mereka sahaja.

“Ahli politik berpolitik, mangsa? rakyat. Berlakon, mangsa? rakyat. Merompak, mangsa? rakyat. Bergaduh, mangsa? rakyat.

“Raja-raja pula harus memainkan peranan, bersuara dan menggunakan kuasa demi menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan negara,” titah baginda di laman media sosialnya.

Titah Tunku Ismail, semua pihak perlu menggalas tugas masing-masing bagi memulihkan semula kestabilan negara dari setiap sudut.

“Jikalau semua pihak dalam sistem pentadbiran hanya memikirkan kepentingan peribadi, maka hancur negara.

“Semua harus menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memulihkan kestabilan negara ini di dalam setiap aspek. Mohon Ampun,” titah Tunku Ismail.

Sumber: Utusan dan Media Sosial

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *