Home / Info Viral / Sekeluarga dah ‘Kantoi’ Sewa Ambulans Sw4sta Untuk Balik Kampung

Sekeluarga dah ‘Kantoi’ Sewa Ambulans Sw4sta Untuk Balik Kampung

Nak seribu daya,tak nak seribu dalih …

Setelah berbulan-bulan rakyat Malaysia dikenakan sekatan untuk merentas daerah masih ada yang cuba-cuba untuk melakukan perkara tersebut dengan pelbagai alasan dan cara.

Bak kata pepatah, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Itulah yang terjadi kepada sekeluarga daripada Temerloh yang tular di media sosial baru-baru ini gara-gara taktik ‘licik’ mereka untuk pulang ke kampung di Gemas, Negeri Sembilan.

Menurut posting di laman Facebook tersebut, difahamkan seorang wanita berusia 30 tahun telah menyewa sebuah ambulans swasta dan membawa bersama ibu dan dua orang anaknya.

Dikhabarkan rancangan mereka berjalan lancar sehinggalah ambulans berkenaan ditahan di sebuah sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu, Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof berkata, empat individu iaitu dua penumpang wanita dan juga dua lelaki yang merupakan pemandu dan pembantu pemandu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mereka ditahan ketika pemeriksaan yang dilakukan oleh polis di SJR berhampiran Kampung Belenggu di sini yang mana mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada polis.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan kerjasama kepada pihak polis,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Azhar kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, siasatan masih giat dilakukan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sumber Kosmo Online dan Media Sosial

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *