Home / Usahawan / Bermula Jualan Kepada Rakan Rakan, Kini Sakan Telah Mempunyai Banyak Cawangan Rangkaian

Bermula Jualan Kepada Rakan Rakan, Kini Sakan Telah Mempunyai Banyak Cawangan Rangkaian

PASARAYA SAKAN

Nama SAKAN adalah ilham pemiliknya Dato’ Haji Che Umar Bin Haji Yatim sempena nama tempat kelahiran beliau di Kampung Sakan, Jalan Dato’ Kumbar, Alor Setar Kedah. Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikenali dengan nama Syarikat Sri Sakan telah beroperasi secara aktif pada tahun 1980 dan ditubuhkan secara rasmi pada April 1982.

Perniagaan ini dimulakan dengan modal hanya RM200.00. Dato’ Hj. Che Umar yang ketika itu bertugas sebagai Pengurus Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) telah melantik isterinya, Datin Resnah Husin sebagai Pengurus syarikat. Perniagaan bermula dengan menerima pesanan dan menjual kepada kenalan sahaja. Pada tahun 1982, Syarikat Sri Sakan telah maju setapak lagi sebagai pemborong pakaian kepada peniaga-peniaga kecil, pasar malam, kedai-kedai pakaian, pasaraya ekonomi dan rangkaian Supermarket Berkat, Fajar dan Billion. Pada waktu itu, barang-barang yang dipasarkan merupakan produk keluaran Thailand.

Dengan penuh keyakinan bahawa perniagaan yang diceburi mempunyai potensi besar dan mempunyai peluang yang cerah, maka Dato’ Hj. Che Umar mengambil keputusan untuk bersara lebih awal pada tahun 1998 dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. Walaupun dalam kemerosotan ekonomi pada waktu itu, beliau tetap yakin dan berusaha. Hasilnya amat membanggakan.

Pasaraya Borong Sakan Sdn.Bhd menjalankan aktiviti perniagaan berupakan keperluan hidup manusia pakaian, tempat tinggal dan makanan secara runcit dan borong. SAKAN menyediakan pakaian untuk semua peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak dan bayi dalam pelbagai jenis, corak, kualiti dengan harga yang rendah.

Sejak ditubuhkan di Kuala Kangsar pada tahun 2001, PBSSB telah berkembang dengan begitu pesat dan kini terdapat 61 buah cawangan di seluruh negeri di Malaysia. Anak-anak Dato’ Haji Che Umar Bin Haji Yatim iaitu Puan Rosmariza Binti Dato’ Hj. Che Umar, En. Hairil Amri Bin Dato’ Hj. Che Umar dan Puan Rosmarina Binti Dato’ Hj Che Umar merupakan tulang belakang pembangunan syarikat yang sentiasa memastikan kelancaran urusan perniagaan syarikat ini.

Ramai yang bertanya dekat mana lokasi Pasaraya Sakan  , Boleh buat carian di applikasi BMF Community dan anda boleh dapatkan lokasi terdekat Pasaraya Sakan ini mahupun kedai kedai yang lain

Aplikasi BMF Community diwujudkan kerana ingin memudahkan orang ramai mencari kedai muslim sekitar berikutan ramai yang sering  bertanya alamat kedai bumiputera muslim

Bagi pengguna android anda boleh install di Google store melalui link dibawah

https://play.google.com/store/apps/details?id=org.appdolph.login.android5eb57bf499562

Untuk pengguna ios yang ade kedai boleh daftar lokasi kedai anda di sini utk sementara waktu seblum kami lancarkan di applestore https://bit.ly/bmfcommunity

Mendaftar lah segera,dan muat turun sekarang

Semoga perniagaan SAKAN akan terus berkembang maju.

Advertisement

About admin

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *