Home / Berita Terkini / 4 Anggota TUDM maut, 3 Maut di Tempat Kejadian Manakala Seorang Maut Ketika Mendapatkan Rawatan

4 Anggota TUDM maut, 3 Maut di Tempat Kejadian Manakala Seorang Maut Ketika Mendapatkan Rawatan

KUCHING: Sekurang-kurangnya tiga anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dipercayai maut di tempat kejadian dan seorang lagi maut ketika mendapatkan rawatan dalam kejadian tembakan di Kem SKN 330 TUDM CRC, Kota Samarahan pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7.15 pagi Jumaat di Balai Pengawal Handau Skuandron 330 TUDM, Kota Samarahan.

“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan. Bagaimanapun mengikut laporan awal, tiga anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jantung Kota Samarahan,” katanya kepada Astro AWANI.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kejadian melibatkan empat anggota TUDM yang bertugas di balai pengawal itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahkan mengenai insiden berkenaan.

Katanya pihaknya turut menerima laporan mengenai kejadian tembakan bagaimanapun maklumat lanjut mengenai mangsa belum dapat dipastikan.

“Ya kita ada terima laporan tersebut dan sedang menyiasat punca kejadian.
Mengenai maklumat mangsa masih lagi menunggu laporan penuh.

“Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini dalam waktu terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, TUDM dalam satu kenyataan mengesahkan insiden itu melibatkan empat warganya yang berlaku pada pukul 7.15 pagi.

Jelas kenyataan itu, kejadian berlaku ketika waktu anggota bertugas kira-kira pukul 7.15 pagi dan akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Pihak TUDM menyerahkan kes kejadian kepada PDRM untuk menjalankan siasatan.

Pihak TUDM juga menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh pihak polis selesai,” katanya. – Astro Awani

Advertisement

About admin

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *