Home / Info Viral / Syurga Itu Milikmu Bidadariku | Kronologi Pemergian Siti Sarah

Syurga Itu Milikmu Bidadariku | Kronologi Pemergian Siti Sarah

25 Julai Shuib dan Sitj Sarah sekeluarga menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Pada 4/8/2021 Hari Rabu Siti Sarah, 36, yang yang popular dengan lagu Kesetiaan dikejarkan ke Hospital kerana tahap oksigen menurun.

Dan selepas itu Sarah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia selepas dijangkiti COVID-19.

6/8/2021 Jumaat, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih berisiko. Siti Sarah melahirkan bayi lelaki pada pukul 5 petang Jumaat.

Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil.

“Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak kritikal.

7/8/2021 Sabtu
Pada Sabtu, Shuib berkata, doktor yang merawat isterinya memaklumkan, Siti Sarah mula menunjukkan perkembangan positif dengan kadar oksigen sudah meningkat pada paras 80 peratus.

Sehubungan itu, Shuib memohon pada semua pihak untuk terus mendoakan isterinya agar kembali pulih seperti sedia kala.

Pada Sabtu, Shuib berkata, doktor yang merawat isterinya memaklumkan, Siti Sarah mula menunjukkan perkembangan positif dengan kadar oksigen sudah meningkat pada paras 80 peratus.

8/8/201

Kondisi Siti Sarah kembali kritikal, oksigen ‘drop’ ke 40%, Shuib pohon doa semua

“Keadaan Siti Sarah tidak baik, sangat-sangat tidak baik. Kata doktor kadar oksigen hanya 40 dan doktor akan tiarapkan dia,” ujar pelawak dan usahawan itu dalam sesi bacaan Yassin dan doa selamat menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi.

Kelazimannya, prosedur meniarapkan pesakit dilakukan bagi membolehkan paru-paru seseorang itu kembali normal dan dapat membekalkan oksigen ke dalam tubuh.

Shuib juga tidak dapat meneruskan kata-kata bagi memaklumkan perkembangan isterinya dan meminta bacaan Yassin dan doa selamat diteruskan.

Hampir 1,000 kenalan pasangan itu menyertai majlis bacaan Yassin dan doa selamat buat Siti Sarah termasuk pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan rakan-rakan selebriti seperti Anuar Zain, Bob Yusof dan Liza Hanim.

9/8/2021 Jam 5.13 pagi

Penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia

Berita kematian Siti Sarah itu dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Shuib menerusi Instagram

“Bidadari syurga saya pergi buat selamanya-lamanya, Mohon sedekahkan Alfatihah,” katanya.

Jenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pasu Gombak.

Lebih menghibakan, Sarah 37, pergi ke negeri abadi tanpa sempat menatap bayi lelaki yang dikandungnya selama lapan bulan yang dikeluarkan secara pembedahan bagi menyelamatkan nyawa.

 

Kerap kali kita disajikan dengan nasihat dan panduan untuk menjadi suami yang penyayang dan isteri yang taat. Nasihat tersebut ada kalanya datang dari ujaran para asatizah, kaunselor rumahtangga dan pakar motivasi yang berkongsi tips keluarga bahagia. Namun ada yang belum terjentik.

Kadang kala kita jatuh hati dengan judul buku tulisan ahli psikologi tentang tips membina hubungan mesra antara suami dan isteri. Lantas kita membelinya dan membaca. Namun masih ada yang belum mampu dihadam apatah lagi diamalkan.

Kadangkala kita dihidangkan adegan romantika suami isteri didalam bual bicara dan drama di tv akan hidup berkeluarga hendaklah semanis kurma. Namun masih belum terbuka hijab kebahagiaan.

n4mun hari ini kematian seorang insan bernama Siti Sarah yang merupakan seorang penyanyi dan isteri pada seorang pelawak Shuib telah menjentik jiwa jiwa yang selama ini ‘mati’ untuk berkasih sayang supaya bangkit dari ‘pusara’ keegoan untuk merasa betapa insan bergelar isteri atau suami adalah sangat penting selagi ia bernafas.

Segala kebaikannya terbongkar satu persatu untuk diambil pengajaran bagi kita yang tinggal. Gurau dan canda jadi bukti bahawa kebahagiaan haruslah dirakam sebelum salah seorang pulang ke negeri abadi.

Meskipun dalam rencah kehidupan mungkin dihimpit rasa benci, kesal, sakit hati dalam perkelahian semasa berumahtangga namun hari ini saat Siti Sarah kaku dipembaringan…jiwa kita bagai ditarik bangkit untuk menghidupkan kembali rasa cinta dan kasih sayang yang selama ini kita abaikan.

Ya…semua itu datang dari kematian isteri kepada Shuib…seorang pelawak..dan Almarhumah Siti Sarah hanyalah seorang penyanyi…bukan asatizah mahupun pakar mendidik hati dan emosi.
Semua ini berbalik kepada kehebatan Allah swt yang menegur hamba-hamba Nya yang lalai dan tersasar.

Siti Sarah yang menemui Allah dengan husnul khotimah asbab melahirkan anak dan korban wabak mengajar kita tentang pentingnya kasih dan sayang sesama insan selagi nadi masih berdenyut meskipun Siti Sarah sudah tiada dan hanya meninggalkan nama.

Terima kasih Siti Sarah kerana kisah kebaikan mu menjentik hati kami untuk menangis kerana mengabaikan cinta dan kasih sayang. Terima kasih kerana membuatkan kami sedar bahawa menyayangi anak anak dan ibubapa sangat penting dan terima kasih kerana membuatkan kami sedar membantu sesama insan pasti akan diberikan ganjaran Allah.

Hari ini ramai wanita dan lelaki, suami dan isteri ingin menjadi baik dan terbaik. Semuanya kerana kisah kematianmu.

Ya Allah Kau ampunkanlah dosa dosa nya dan luaskan kuburnya dengan rahmatmu serta berikan kekuatan dan ketabahan pada suami dan anak  anak yang ditinggalkan.
Aminnnnn ya rabbal alamin

 

Saya kongsikan video suami arwah hasilkan untuk tatapan semua kronologi pemergian isteri beliau.

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *