INI MERUPAKAN PENJELASAN DARIPADA PIHAK AMINAH HASSAN SENDIRI
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua
Disini kami ingin menjelaskan berkenaan status jenama produk AminahHassan.
Ramai diantara semua tertanya siapa empunya sebenar produk ini ?
Orang Islam atau bukan ?
Atau Sudah dijual kepada syarikat lain ?
Untuk maklumat saudara saudari semua,
Syarikat Amisan Products (M) Sdn Bhd adalah syarikat yang yang menghasilkan sos cili dengan jenama AminahHassan.
Syarikat ini diusahakan sendiri oleh anak-anak Allahyarhamah Hajjah Aminah dan Allahyarham Haji Hassan sendiri. Dari awal penubuhan syarikat ini pada tahun 1979 sehingga kini.
Syarikat ini tidak pernah dijual atau dibeli oleh sesiapa. Pada satu ketika ia terpakasa memberhentikan operasinya kerana mengalami kemerosoton jualan. Ia berpunca dari kabar angin dakwaan yang mengatakan ia adalah hak milik bangsa asing dan juga ia sudah dijual kepada syarikat lain.
Akibat itu produk jualan kami tidak mendapat sambutan. Kami sangat terkesan dengan berita – berita palsu tersebut .
Setelah sekian lama kami sedar ramai pihak yang mencari dan bertanya dimanakah Sos Cili,Tomato dan Sos Kacang AminahHassan ?
Kini kami kembali dgn semangat dan nafas baru, Pihak Pengurusan yang diterajui oleh Puan Hajjah Noor Aini Hassan serta suaminya Haji Zainal Abidin Abdullah mengambil inisiatif utuk membangunkan semula perusahaan ini kembali untuk memenuhi semula permintaan peminat-peminat AminahHassan.
InsyaAllah doa – doa saudara saudari semua akan membantu dan memberi semangat buat kami untuk terus maju.
Kami berharap dengan penjelasan ini dapat menjernihkan kembali segala cerita negatif yg pernah melanda kami satu ketika dahulu.
Terima Kasih kepada semua yang menyokong jenama AminahHassan !!!