Sebelum ini Laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah P3rsekutuan Kuala Lumpur pernah memaklumkan bahawa permata ulama negeri Kedah, Tuan Guru Hj Rifaie bin yaakob telah kembali ke rahmatullah.
Untuk Pengetahuan semua, beliau merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, ulama Sufi serta Mudir Pondok Al-Zuhdiah Carok Salang, Kampung Parit Panjang, Negeri Kedah.
Ya Allah, ampunilah dosanya, rahM4tilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air, salju, dan embun, bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, pasangannya dengan pasangan yang lebih baik, masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah ia dari s3ksaan kubur dan dari s3ksaan ner4ka”
Bagi pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan KL merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Haji Rifaie Bin Yaakob. Moga Almarhum ditempatkan dikalangan para auliya’, siddiqin, syuhada’ dan solihin.
Ramai pengguna media sosial menyatakan kesedihan atas pemergian beliau.

