Home / Isu Semasa / Tun M Kagum Kilang Milik Anak Melayu

Tun M Kagum Kilang Milik Anak Melayu

 

GURUN 3 march 2019 : Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan m@sa lebih sejam melawat kilang jus buah-buahan milik 4enas Merbok Sdn Bhd di Pusat Industri Kec!l dan Sederh@na (IKS) Lemb@ga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), di sini.

Perdana Menteri yang tiba jam 10 pagi di kilang itu memandu sendiri kereta jenis Mercedes Benz S450 ditemani bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin.

Dalam lawatan itu, Dr Mahathir berpeluang melihat proses membuat jus nanas selain turut diberikan taklimat oleh pihak pengurusan kilang berkenaan berhubung operasi di situ.

Turut serta dalam lawatan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Selep4s ini, Perdana Menteri dijadual melawat Ber One Farm di Bukit Kayu Hitam dan Oblong Burger Manufacturing Facility di Jitra dalam lawatan beli4u di Kedah.

Sement4ra itu, pemilik kilang jus berken4an, Abu Hassan M4n, berkata beliau berbangga apabila Dr Mahathir sendiri melahirkan rasa kagum terhadap keupayaan orang Melayu yang mampu melaksanakan operasi menghasilkan produk berasaskan buah-buahan, khususnya nanas.

Beliau berkata, Perdana Menteri turut memberikan cadangan supaya pihaknya meluaskan pasaran produk ke luar negara berbanding jualan kini yang hanya memfokuskan kepada wilayah utara.

“Sebelum ini saya dimaklumkan oleh Tun Daim bahawa Dr Mahathir tidak percaya orang Mel4yu boleh berniaga macam ini (membuka kilang) tetapi bila beliau datang sini dan lihat sendiri, beliau mengaku orang Melayu boleh buat.

“Saya amat berbes4r hati apabila Perdana Menteri sendiri memuji operasi kilang ini dan mencadangkan supaya saya mengeksport produk ke pasaran lebih luas dan tidak hanya tertumpu pada wilayah utara,” katanya yang ditemui hari ini.

Abu Hassan berkata, kil4ng berkeluasan 6,000 kaki persegi itu yang sud4h beroperasi dua tahun lalu mempunyai 10 kakitangan dengan menghasilkan produk berasaskan buah nanas dan buah-buahan temp4tan lain.

“Kilang ini menghasilkan produk seperti puri, jus, kordial, sos dan buah-buahan kering dengan keperluan stok sehingga lapan tan metrik sehari,” kat4nya.

Advertisement

About admin

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *